Alfazny berkata ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. -Foto Bernama
KETUA Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis sedang menyiasat tiga laporan berkaitan dakwaan rasuah membeli undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu ini. Menurutnya, dua laporan dibuat di Seremban, manakala satu lagi di Port Dickson pada Selasa. Laporan pertama dibuat seorang lelaki berusia 69 tahun dari Sikamat yang mendakwa sekumpulan lelaki memberinya wang tunai RM300 sebagai balasan untuk mengundi calon tertentu.“Lelaki berkenaan didakwa diberikan wang tersebut dalam sampul surat dan gambar kad pengenalannya turut diambil. Dia kemudian diminta mengundi calon tertentu,” katanya.Alzafny berkata, seorang lagi pengadu berusia 40 tahun membuat laporan selepas melihat video sekumpulan individu beratur dalam satu program di Bukit Pelandok yang didakwa diberikan sampul berisi wang.“Laporan ketiga dibuat oleh seorang lelaki berusia 72 tahun selepas melihat video di WhatsApp yang memaparkan seorang calon bagi kerusi Labu didakwa mengagihkan wang tunai,” katanya.Jelasnya, ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Alzafny turut berkata, seorang lelaki berusia 72 tahun dari Tampin membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah selepas melihat satu video di media sosial mendakwa anggota polis terlibat dalam proses pengundian awal pada Rabu diberikan RM300 setiap seorang untuk menyokong parti politik tertentu.ARTIKEL BERKAITAN: BN mahu kekal status ‘underdog’, enggan terganggu ramalan bekas pemimpin DAPKes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menyebabkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.Menurutnya lagi, polis menerima 89 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya sejak hari penamaan calon pada 18 Julai dan membuka 23 kertas siasatan.Tambahnya, olis turut meluluskan kesemua 80 permohonan permit bagi ceramah dan kempen berkaitan yang diterima pada Rabu.Sejak hari penamaan calon, polis telah meluluskan 689 daripada 715 permohonan yang diterima.Polis juga akan memantau semua program dan aktiviti bagi memastikan ia dijalankan mengikut peruntukan undang-undang. - The Star.