suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perbelanjaan rakyat makin meningkat, Anwar beri bayangan tambah peruntukan SARA

Tambahan peruntukan SARA antara perkara yang dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.

KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk menambah peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam Bajet 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada Oktober ini susulan peningkatan kos sara hidup yang dipengaruhi ketegangan geopolitik dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan ketika ini telah memperuntukkan sebanyak RM16 bilion bagi program berkenaan, namun mengakui bantuan itu masih belum mencukupi memandangkan ramai rakyat masih berdepan tekanan akibat kenaikan harga barangan.

"Saya bantu rakyat. Orang tanya saya puas hati atau tidak. Saya tidak puas hati sebab saya tahu ramai lagi rakyat susah. Harga barang masih naik. Sebab itu dalam Belanjawan kali ini, insya-Allah saya akan semak semula.

"Kalau keadaan terus aman dan ekonomi negara kekal baik, saya akan tambah lagi peruntukan itu," katanya ketika berucap pada kempen bagi menyokong Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di DUN Chennah, Jelebu di Negeri Sembilan pada Rabu.

Menurut Anwar, Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di rantau ini walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum, sekali gus menjadi faktor menarik kemasukan pelaburan termasuk ke Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan dengar rintihan rakyat, SARA akan dinaikkan dalam masa terdekat - Anwar

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup turut dipengaruhi faktor asing yang berada di luar kawalan kerajaan, khususnya konflik di Asia Barat.

"Apabila perang meletus di Asia Barat, apabila Iran diserang Israel dan Amerika Syarikat, kemudian Iran membalas serangan, Selat Hormuz turut terjejas. Apa kesannya? Harga minyak dunia meningkat.

"Ketika saya membentangkan Belanjawan tahun lalu, harga minyak sekitar 70 dolar Amerika Syarikat (USD) satu tong. Kini ia meningkat kepada kira-kira 90 USD setong," katanya.

Anwar berkata, Malaysia turut mengimport baja fosfat bagi sektor pertanian termasuk untuk kawasan Felda, manakala gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz menyebabkan kos penghantaran, insurans dan pengangkutan meningkat.

Akibatnya, harga barang turut meningkat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Malaysia masih mengekalkan harga petrol RON95 antara yang terendah di dunia meskipun berdepan tekanan kenaikan harga global.

"Orang persoal, Anwar kata harga minyak turun, minyak apa? Saya tanya balik, minyak apa yang kamu guna? Minyak masak?

"Bandingkan dengan negara lain. Malaysia masih mempunyai antara harga bahan api paling murah di dunia," katanya. -The Star

Artikel Lain