suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq tenang tunggu keputusan, ibu curi perhatian edar lempeng dan nasi lemak buat media

Syed Saddiq melambai kepada petugas media dan penyokongnya.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, kira-kira pukul 8.55 pagi Isnin bagi menghadiri prosiding rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

Syed Saddiq, 34, yang berjalan kaki seorang diri menuju ke mahkamah dilihat tenang sambil melemparkan senyuman kepada petugas media yang menunggu ketibaannya.

Ditanya mengenai harapannya menjelang keputusan rayuan, Syed Saddiq berkata dia hanya mengharapkan keadilan dan kebenaran akan berpihak kepadanya.

“Saya mengharapkan keadilan dan kebenaran, doakan,” katanya ringkas.

Prosiding itu menjadi tumpuan selepas keputusan rayuan akhir yang sepatutnya diumumkan pada 30 Jun lalu ditangguhkan susulan salah seorang anggota panel, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.

Keluarga Syed Saddiq turut hadir memberikan sokongan.

Di sebalik debaran menantikan keputusan, ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mencuri perhatian apabila mengagihkan lebih 100 kotak sarapan berisi lempeng gulung dan nasi lemak kepada petugas mahkamah serta wakil media yang berkampung di lokasi sejak awal pagi.

Bekas pendidik itu yang tiba kira-kira pukul 7.30 pagi bersama suaminya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah berkata, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan kepada petugas yang membuat liputan prosiding berkenaan.

“Mudah-mudahan Allah SWT membantu dengan memberikan kemenangan pada hari ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq akur penangguhan keputusan rayuan pendakwaan, sabar menanti ‘nasib’ lagi 2 minggu

Ditanya mengenai perasaannya berdepan hari penting itu, Sharifah Mahani mengakui dirinya diselubungi rasa sebak.

“Saya rasa sebak sangat,” katanya ringkas.

Turut hadir memberikan sokongan ialah penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang hadir bersama ahli keluarga.

Bella yang mengenakan jubah bercorak bunga berwarna putih dan biru berkata dia sentiasa mendoakan agar segala urusan tunangnya dipermudahkan.

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dijangka diketahui hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan rayuan akhir pada pukul 9 pagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain