AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi diangkat semula sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua pada Ahad.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu dilantik sebagai Menteri Besar selepas BN Johor berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16. Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor itu berlangsung di Istana Bukit Serene di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.Ini merupakan kali kedua Onn Hafiz menggalas jawatan tersebut selepas pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022, susulan kemenangan BN dalam PRN Johor ke-15 pada tahun 2022.Ketika itu beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang kini Yang di-Pertuan Agong selepas menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad.