PILIHAN Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka tidak akan diadakan dalam masa terdekat susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Menurutnya, keputusan PRN Johor menunjukkan Kerajaan Persekutuan berkemungkinan akan meneruskan pentadbirannya sehingga hampir tamat penggal bagi memanfaatkan kelebihan yang dimiliki ketika ini. "Daripada keseluruhan keputusan PRN Johor, saya melihat kemungkinan besar PRU16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tuan Ibrahim turut berkata, kemenangan besar BN akan mengukuhkan lagi pengaruh gabungan itu dalam menentukan hala tuju serta dasar Kerajaan Persekutuan.ARTIKEL BERKAITAN: Gelombang biru di Johor! BN menang besar, tumpaskan saingan dengan majoriti paduTambahnya, PAS juga menerima keputusan rakyat selepas Perikatan Nasional (PN) gagal mempertahankan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dimenangi sebelum ini.Tuan Ibrahim turut mendakwa keputusan pilihan raya itu menunjukkan Pakatan Harapan (PH) masih belum berjaya mengembalikan keyakinan rakyat meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, giat berkempen sepanjang PRN Johor.Dia turut mempersoalkan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, akan menunaikan janji yang dilaporkan untuk meletakkan jawatan sekiranya PH gagal mencapai sasaran dalam PRN Johor.Nga sebelum ini dilaporkan berkata dia akan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan sekiranya UMNO memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya itu dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibebaskan.