Keempat-empat calon Muda tewas masing-masing di DUN Simpang Jeram, Maharani, Puteri Wangsa dan Bukit Batu.
PERCATURAN Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Amira Aisya Abd Aziz tidak menjadi apabila partinya tewas di kesemua empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.Lebih malang apabila Muda juga gagal mempertahankan kemenangan pada PRN 2022 di kerusi tunggalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa. Berdasarkan keputusan rasmi, calon bagi DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied memperoleh 5,887 undi, tewas dalam saingan lima penjuru kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik yang memperoleh 41,821 undi. Sementara itu, Muhammad Amir Fiqri Mustapha yang dipertaruhkan di DUN Maharani sekadar memperoleh 2,495 undi.Kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ashari Md Sarip yang memperoleh 10,570 undi. Penampilan sulung Muhammad Amir atau lebih dikenali sebagi Amir Jack yang merupakan Pegawai Khas kepada Syed Saddiq Syed Abdul nampaknya tidak mampu menawan hati pengundi biarpun membawa kelebihan bersandarkan rekod baik serta populariti Ahli Parlimen Muar itu. Dalam pada itu, Ainie Haziqah Shafii hanya memperoleh 1,467 undi, tewas kepada saingan empat penjuru di DUN Simpang Jeram.Kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh calon PH, Ir. Ts. Haji Nazri yang memperoleh 12,022 undi.Ketua Muda Bahagian Kulai, Premanand Maniam yang merupakan muka baharu, turut tewas di DUN Bukit Batu.Dalam saingan lima penjuru itu, Premanand hanya memperoleh 387 undi. Kerusi berkenaan dimenangi calon BN, Kumaran A/L Ramakrishnan yang memperoleh 16,899 undi. Kekalahan berkenaan sekali gus menyaksikan kesemua calon hilang deposit.