suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Kancil’ gagal pikat pengundi Johor... Bersama hilang deposit semua 15 kerusi

Rafizi menyifatkan pengalaman berkempen di Johor sebagai proses penting dalam usaha membina parti baharu tersebut.

PENGASAS Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan kesemua calon parti itu hilang deposit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu per lapan atau 12.5 peratus undi di kawasan masing-masing.

Menurut bekas menteri Kabinet Persekutuan itu, berdasarkan sebahagian Borang 14 yang diterima daripada 15 kerusi yang ditandingi, calon-calon Bersama memperoleh purata antara tiga hingga enam peratus undi.

“Ini bermakna kesemua calon Bersama hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5 peratus.

“Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15 peratus undi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab serta memberikan sokongan kepada calon-calon Bersama yang masih berusia 52 hari.

Menurut Rafizi, analisis awal menunjukkan berlaku peralihan undi yang ketara kepada Barisan Nasional (BN) daripada pelbagai segmen pengundi mengikut umur dan kaum.

Katanya, peralihan tersebut turut memberi kesan kepada semua parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda.

“Di pihak Bersama, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambah baik pendekatan dalam memenangi hati pengundi pada masa hadapan,” katanya.

Walaupun keputusan PRN Johor tidak memihak kepada Bersama, Rafizi menyifatkan pengalaman berkempen itu sebagai proses penting dalam usaha membina parti baharu tersebut.

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor