suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN berjaya bentuk kerajaan di Johor? Asyraf Wajdi dakwa BN dahului 33 kerusi, PH 7

Asyraf ketika Jelajah Kempen Pilihan Raya Negeri Johor pada Rabu. -Gambar Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi mendahului di 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 6.27 petang.

Beliau juga mendakwa Pakatan Harapan (PH) menang di tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda masih tidak memperoleh kemenangan di mana-mana kerusi.

Setiap parti memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Proses pengiraan undi bermula sebaik kesemua 1,076 pusat mengundi di seluruh negeri ditutup tepat pada pukul 6 petang.

Artikel Lain