Sorakan kegembiraan ahli parti bergema di Pejabat Perhubungan UMNO Johor selepas keputusan tidak rasmi PRN Johor ke-16 menunjukkan BN mendahului. - THOMAS YONG/The Star
DIKEMASKINIPENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gabungan itu menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus mempertahankan mandat untuk menerajui kerajaan negeri.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan rasmi, BN memenangi sebanyak 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara itu Pakatan Harapan terpaksa berpuas hati apabila hanya menang di lapan kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi.Setiap parti memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.Antara DUN yang dimenangi BN ialah Machap, Benut, Tanjung Surat, Sri Medan, Tenggaroh, Pasir Raja, Kahang, Endau, Penawar, Johor Lama, Maharani, Sedili, Parit Raja dan Buloh Kasap.Selain Pemanis, Bukit Kepong, Semerah, Semarang, Kemelah, Pulai Sebatang, Pekan Nenas, Rengit, Kukup, Kota Iskandar, Serom, Kempas, Permas, Paloh, Layang-Layang dan Senggarang.Untuk rekod pada PRN 2022, BN membentuk kerajaan negeri Johor dengan majoriti dua pertiga selepas menang 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan memenangi 12 kerusi, Perikatan Nasional (3) dan Muda pula menang satu kerusi.