BARISAN Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Dalam sidang media pada malam Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor kerana memberikan mandat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri itu. Beliau berkata, kemenangan tersebut akan menjadi pendorong kepada BN untuk bekerja lebih keras demi rakyat serta menyelesaikan isu yang dihadapi mereka dengan lebih berkesan.Sementara itu, peratusan keluar mengundi bagi PRN Johor ke-16 mencapai 67.44 peratus atau 1.8 juta pengundi setakat pukul 5 petang.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya proses pengundian akan ditutup pada pukul 6 petang.Terdahulu, sebanyak 1,076 pusat mengundi melibatkan 4,889 saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi Sabtu (11 Julai), bagi membolehkan kira-kira 2.6 juta rakyat menentukan mandat baharu untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Suasana War Room Barisan Nasional dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan memperoleh 14,996 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz meraih 4,060 undi.Calon Barisan Nasional (BN), Ling Tian Soon memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng selepas memperoleh 11,473 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Yong Hui Yi yang meraih 7,476 undi.Sementara menantikan keputusan rasmi, perkembangan terkini jumlah undi turut disiarkan secara langsung dari war room Barisan Nasional (BN) bagi mengikuti jumlah undi dan kemajuan keputusan di setiap kawasan yang dipertandingkan.Sekumpulan pengundi menunjukkan jari masing-masing selepas selesai membuang undi.Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu warga emas Siti Anipah Kasbolah, 78, mengundi ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Senggarang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Pusat Menggundi Sekolah Kebangsaan Senggarang. -Foto Bernana Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir membuang undi di pusat mengundi SK Taman Sutera dalam DUN Perling sekitar pukul 1.45 tengah hari. Beliau hadir bersama ayah, ibu dan kakaknya.Pasangan pengantin baharu, Nurul Aida Mohd. Kamal dan Raja Akmal Hakim Raja Abdul Rahim, menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Ayer Hitam pada Sabtu.Di sebalik keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai pengundi tetap keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka.1.33 tengah hari: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, tiba bersama calon Barisan Nasional bagi Yong Peng, Ling Tian Soon, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.Seramai 34.78 peratus atau 933,115 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat pukul 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).11.15 pagi: Banjir kilat melanda SMK (P) Temenggong Ibrahim di Batu Pahat, Johor susulan hujan lebat pada awal pagi.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, selesai menunaikan tanggungjawab mengundi. Pasangan itu mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani (N.15) di SMK Sri Muar.9 pagi: Bekas Menteri Pendidikan merangkap calon Pakatan Harapan bagi Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, menunaikan tanggungjawab mengundi di SJK (C) Tuan Poon, Simpang Renggam sebelum kembali ke Puteri Wangsa bagi memantau proses pengundian.8.33 pagi: Calon Barisan Nasional bagi Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, selesai mengundi pada pukul 8.33 pagi. Ketika meninggalkan pusat mengundi, beliau sempat bergambar dengan beberapa pengundi sebelum beredar.8.30 pagi: Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, tiba di SMK Bandar Baru Uda di Larkin bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.8.28 pagi: Calon Barisan Nasional bagi Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, tiba di SK Simpang Renggam pada pukul 8.08 pagi dan beratur bersama pengundi lain sebelum menunaikan tanggungjawab mengundi.7.59 pagi: Pengundi yang hadir awal dilihat sabar menunggu giliran sebelum proses pengundian bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi di SK Yong Peng, Yong Peng, Johor.