Dr Maszlee Malik ditentang oleh empat calon lain dari BN, Muda, Bersama dan Bebas. -Foto FB Dr Maszlee
CALON Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik berjaya merampas DUN Puteri Wangsa apabila meraih 41,821 undi.Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling pula meraih36,077 undi; manakala calon Muda, Rashifa Aljunied pula 5,887 undi. Ia diikuti calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nicholas Paul Vincent dengan 2,332 undi, manakala calon Bebas, Wang Wee Siong memperoleh 227 undi.DUN Puteri Wangsa merupakan antara kerusi tumpuan kerana menyaksikan pertandingan lima penjuru, selain penampilan semula Maszlee sebagai calon wakil rakyat.Maszlee yang merupakan bekas Menteri Pendidikan pernah memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan majoriti 3,475 undi.Bagaimanapun, pada PRU ke-15, beliau gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dengan majoriti 1,821 undi dalam pertandingan tiga penjuru.Pada PRN Johor 2022, Maszlee kalah di kerusi DUN Layang-Layang kepada calon BN, Abd Mutalip Abd Rahim.DUN Puteri Wangsa sebelum ini diwakili Amira Aisya Abd Aziz (Muda).