suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tingkatan 5 disyaki minum bahan beracun di sekolah

Pelajar itu kini stabil selepas menerima rawatan di hospital. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Lima dimasukkan ke hospital selepas disyaki meminum bahan beracun di dalam kawasan sebuah sekolah di Sungai Siput, Perak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Setakat siasatan awal, polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.

"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menghormati privasi mangsa serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan polis," katanya.  - The Star.

Artikel Lain