suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Akak simpan barang apa dalam perut?” - Suami berang juruwang tuduh isteri hamil 38 minggu mencuri, siap minta tunjuk buku pink!

Pekerja perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kes curi membabitkan pelanggan. -Gambar hiasan AI

SEORANG suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya yang sedang sarat hamil diperlakukan seperti penjenayah ketika membeli-belah di sebuah cawangan pasar raya Lotus's di Selayang pada Sabtu

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Fareez Shah, insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas mereka selesai membuat pembayaran barangan yang dibeli.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari kaunter pembayaran, mereka secara tiba-tiba ditahan oleh seorang kakitangan di situ.

"Akak simpan barang apa tu dalam perut? Bayangkan kakitangan lelaki tu terus cakap macam tu dekat isteri saya.

"Saya terkejut dan terus tanya dia... barang apa yang wife saya curi? Siapa yang nampak?," kongsinya di Threads.

Namun apa yang lebih menyakitkan hati, Fareez mendakwa kakitangan terbabit sebaliknya bertindak luar jangkaan dengan meminta isterinya hamil 38 minggu menunjukkan buku rekod kehamilan (buku pink) sebagai bukti.

Malah kaki tangan terbabit turut mendesak wanita isterinya menyelak atau menunjukkan bahagian perut bagi membuktikan dia tidak menyembunyikan sebarang barangan curi.

"Saya hilang sabar. Kalau nak tuduh orang mencuri, tunjukkan bukti, bawa saksi dan panggil penyelia.

"Kami pula dibiarkan berdiri hampir 20 minit di hadapan orang ramai sementara mereka menghubungi penyelia," katanya.

Fareez berkata, sebaik penyelia pasar raya itu tiba, dia segera meminta juruwang yang membuat tuduhan meluru tersebut untuk tampil memberi penjelasan.

Alangkah terkejutnya apabila juruwang berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak pernah melihat isterinya mengambil atau menyembunyikan sebarang barangan.

Sebaliknya, tuduhan itu dibuat hanya berdasarkan andaian kosong selepas mendapati bentuk perut kelihatan agak mencurigakan.

"Dalam erti kata lain, tiada saksi, tiada bukti dan tiada barang yang dicuri. Hanya berdasarkan andaian semata-mata," katanya.

Fareez berkata perkara itu bukan lagi soal permohonan maaf, sebaliknya layanan yang diterima isterinya yang bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa.

"Isteri saya yang trauma menangis dan saya terus meminta pekerja terbabit meminta maaf namun permohonan maaf mereka juga seperti orang tidak rasa bersalah memperlakukan kami seperti ini," katanya.

Dia berharap pihak Lotus's menjalankan siasatan menyeluruh supaya kejadian sama tidak berulang terhadap pelanggan lain, khususnya wanita hamil.

Susulan itu menerusi ruangan komen, pihak Lotus's Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku dan kesulitan yang dialami pasangan tersebut.

"Kami amat kesal membaca pengalaman yang dikongsikan oleh anda dan tekanan yang berlaku akibat insiden ini. Lebih-lebih lagi ketika anda dan isteri sedang melalui tempoh kehamilan.

"Kami mengambil serius perkara yang dibangkitkan dan membawa isu ini kepada pasukan pengurusan untuk menjalankan siasatan segera serta menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian tersebut," katanya.

Artikel Lain