Hamzah ketika mengumumkan pembentukan Wawasan di Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada 13 Jun lalu.
PARTI Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya dengan melantik Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Presiden, manakala tokoh politik veteran, Tan Sri Dr Rais Yatim dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi.Bagi melengkapkan gandingan utama untuk meneraju parti baharu itu, bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang pula dinamakan sebagai Timbalan Presiden. Jawatan Naib Presiden pula menampilkan lima tokoh iaitu bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon; bekas Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan dan Datuk Mohd Omar Mustapha.ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah Zainudin umum penubuhan Parti Wawasan Negara, nama diberi oleh Abdul HadiAhli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang sebelum ini dipecat daripada Bersatu, dinamakan sebagai Setiausaha Agung, manakala Datuk Arifin Tobias pula dilantik sebagai Bendahari Agung.Ahli Parlimen Machang dan bekas Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dilantik sebagai Ketua Penerangan.Wawasan turut mengumumkan pelantikan 25 barisan ahli jawatankuasa pusat, antaranya termasuk Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzair Ayob; bekas Senator, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan.Parti itu mengesahkan pendaftarannya di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-004-07-08062009.Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang, mengumumkan pembentukan Wawasan di Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada 13 Jun lalu.