suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Jasin, isteri cedera ringan dalam kemalangan

Keadaan kemalangan yang berlaku.

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Alor Gajah, Melaka pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu turut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Zulkifli sedang bergerak dari persimpangan lampu isyarat Jelatang sebelum sebuah Perodua Axia dari arah Alor Gajah menuju ke Gadek memasuki persimpangan dan menyebabkan pelanggaran.

Akibat kemalangan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka mengalami luka ringan pada kedua-dua tangannya manakala isterinya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mengadu sakit dada.

Pemandu Perodua Axia pula dilaporkan mengalami patah tulang rusuk serta patah tulang pelvis dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka.

Tambahnya, tiga lagi penumpang dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan dan sedang menjalani rawatan lanjut.

Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan. -The Star

Artikel Lain