suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak ramai calon ‘kitar semula’ di Johor, Amanah pertaruh 13 muka baharu

Aminolhuda menjelaskan separuh daripada calon mewakili Amanah terdiri daripada golongan muda.

MAJORITI calon yang akan mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan bakal menampilkan barisan muka baharu.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, daripada 19 calon yang dicadangkan parti itu, hanya enam orang sahaja pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

"Daripada (13) calon baharu itu, kira-kira separuh terdiri daripada golongan muda," katanya.

Beliau menjelaskan perkara tersebut selepas Majlis Pelancaran Jentera Amanah bagi PRN Johor di Taman Universiti, Johor Bahru, Johor pada Jumaat malam.

Menurut Aminolhuda, Amanah turut mempertaruhkan dua calon wanita pada PRN kali ini.

Katanya, agihan kerusi yang ditandingi parti itu melibatkan beberapa kawasan di seluruh negeri.

"Kira-kira enam kerusi berada di kawasan utara, manakala lima lagi di kawasan tengah. Selebihnya melibatkan kawasan Pantai Timur dan selatan Johor.

"Kebanyakan calon yang dipilih juga merupakan anak tempatan," katanya lagi.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai. -The Star

Artikel Lain