suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pancing undi Melayu di DUN Tiram, DAP calonkan Nor Zulaila... Ketua Pemuda Dapsy Johor berentap di Johor Jaya

Anthony Loke umum calop DAP bari kerusi DUN Tiram dan Johor Jaya pada Sabtu.

SEORANG pemimpin muda dan pegawai kanan politik diumumkan sebagai calon baharu DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan DUN Tiram bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Johor, Lee Wern Yiing, 30, akan bertanding di DUN Johor Jaya manakala Nor Zulaila Abd Ghani, 38, atau lebih dikenali sebagai Lily, akan mewakili parti itu di DUN Tiram.

Menurutnya, Lee dipilih bagi menggantikan penyandang Johor Jaya, Liow Cai Tung yang berkhidmat selama tiga penggal sejak tahun 2013.

"Selepas menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya selama tiga penggal, Liow membuat keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada muka baharu.

"Beliau menyerahkan kerusi itu kepada Lee yang telah berkhidmat sebagai pegawai khasnya di Johor Jaya sejak 2018," katanya ketika mengumumkan calon berkenaan.

Bagi kerusi DUN Tiram pula, Loke berkata, Nor Zulaila merupakan calon paling sesuai untuk mewakili DAP di kawasan majoriti Melayu itu.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama DAP bertanding di kerusi Tiram dan parti itu yakin pemilihan Nor Zulaila adalah tepat.

"Kita akan mengetengahkan Nor Zulaila yang juga setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

"Kami percaya beliau adalah individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut," katanya sambil memaklumkan kira-kira 60 peratus pengundi di Tiram terdiri daripada orang Melayu.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai. -The Star

Artikel Lain