Gempa bumi lemah berukuran 3.3 magnitud dilaporkan berlaku di perairan Batu Pahat pada pukul 1.17 pagi Ahad. -Foto MetMalaysia
SATU kejadian gempa bumi lemah berukuran 3.3 magnitud dilaporkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada awal pagi Ahad.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu direkodkan pada pukul 1.17 pagi dengan pusat gempa berada pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur. MetMalaysia memaklumkan, lokasi gempa tersebut terletak kira-kira 20 kilometer (km) di barat daya Batu Pahat, Johor.Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10km dari permukaan bumi.Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, MetMalaysia berkata gegaran akibat gempa itu berkemungkinan dapat dirasai oleh penduduk di kawasan sekitar Batu Pahat."Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan tersebut.Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat kejadian berkenaan. Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.