suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes seleweng dana NGO RM12.3 juta: Reman pempengaruh agama disambung 5 hari

Pempengaruh agama direman bagi membantu siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM12.3 juta.

MAHKAMAH Majistret Seremban membenarkan reman ke atas seorang pempengaruh agama media sosial disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana badan bukan kerajaan (NGO).

Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan permohonan itu ditambah sehingga 1 Mei ini.

Tempoh reman lelaki tersebut yang bermula pada 22 April lalu, tamat pada Ahad (hari ini).

Media sebelum ini melaporkan seorang pempengaruh agama terkenal di media sosial, terutama TikTok, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM12.3 juta.

Individu itu ditahan kira-kira pukul 8 malam, 22 April lalu, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

 

Artikel Lain