suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Halim Aman galas jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 13 Mei

Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM yang baharu menggantikan Tan Sri Azam Baki.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu akan berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026.

Menurut beliau, pelantikan berkenaan diperkenan susulan cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

"Pelantikan ini adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

"Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Untuk rekod, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini, Tan Sri Azam Baki, 63, mula menyandang jawatan tersebut pada 9 Mac 2020.

Kontrak beliau dijangka berakhir pada 12 Mei ini. 

 

Artikel Lain