TUNTUTAN palsu sebanyak RM3.87 juta berjaya diselamatkan menerusi Ops Stroke Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberi amaran kepada ejen pencarum supaya tidak memperdaya Perkeso. Pencarum pula dinasihati supaya mengemukakan tuntutan secara terus di pejabat Perkeso atau secara dalam talian."Pastikan jangan (membuat tuntutan) melalui pihak ketiga. "Kami tidak melepaskan dan akan memburu anda," tegasnya sambil berkongsi beberapa tangkapan membabitkan tuntutan palsu yang telah dilakukan.Menurut beliau, selepas pembongkaran dan penangkapan di Pulau Pinang, pihaknya berjaya mengesan tuntutan palsu di Perlis."Operasi ini, dinamakan Ops Stroke kerana ejen bersekongkol dengan pencarum kononnya mereka mengalami strok dan kemudiannya mengemukakan tuntutan palsu."Hasil siasatan daripada bahagian, integriti dan risikan Perkeso, kami berjaya mengesan enam individu yang cuba membuat tuntutan palsu dan sebanyak RM3.78 juta berjaya diselamatkan," tambahnya.Mohammed Azman turut menyatakan kesemua sindiket terlibat kini berada di dalam radar pihaknya.Justeru dia mengingatkan kumpulan terlibat supaya berhenti melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.