suria

Bisul di paha isteri ketiga bekas PTD akan dibedah, mengaku tidak bersalah terima RM5,000 hasil aktiviti haram

Salwani tiba di perkarangan mahkamah dengan berjalan kaki sebelum dibawa menggunakan kerusi roda ke kamar perbicaraan.

ISTERI ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, yang mengalami bisul kronik di bahagian paha akan menjalani prosedur pembedahan.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Fahmi Abd. Moin ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

"Beliau (Salwani) sedang mengalami masalah bisul dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut.

"InsyaAllah pada esok atau Rabu,” katanya.

Terdahulu, Salwani tiba di Mahkamah Sesyen dengan memandu sendiri kenderaannya pada pukul 8.25 pagi.

Dia kemudian dipimpin untuk memasuki perkarangan mahkamah sebelum ke kamar perbicaraan dengan menaiki kerusi roda.

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh bangun sendiri menuju ke kamar itu sebelum duduk di kerusi untuk mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dia bagaimanapun sekali lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. 

Berdasarkan pertuduhan, Salwani didakwa menerima wang hasil dari aktiviti haram berjumlah RM5,000 di sebuah cawangan bank di Kerteh dekat Besut, pada 16 Januari tahun lalu.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

"Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," katanya selepas pertuduhan dibacakan.

 

Artikel Lain