RAKAMAN video menunjukkan dua individu dipercayai lelaki warga asing sedang mengelap minyak masak paket satu kilogram (kg) yang dikeluarkan dari sebuah kotak, mengundang amarah warga maya.Berdasarkan klip tular, terdapat lebih 10 paket minyak masak diletakkan di atas lantai bahagian belakang sebuah premis seolah-olah sedang dijemur dan dibersihkan sebelum dimasukkan ke besen besar berwarna hitam. Menurut pemilik video, [Tonton Video] kejadian tersebut dirakam di sebuah premis rumah kedai berhampiran MRT Damansara Damai di Selangor.ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli minyak masak terpakai terkejut ada pihak jual semula minyak paket subsidi belum lepas tarikh luputPada masa sama, dia turut mempersoalkan bagaimana individu terbabit memperoleh minyak paket berkenaan memandangkan pembeliannya dihadkan kepada warga negara Malaysia.Tambahan pula, ia adalah produk subsidi daripada kerajaan. "Seingat saya, minyak paket satu kilogram ni ada limit pembeliannya."Saya tertanya-tanya macam mana mereka boleh dapat banyak (bekalan) sedangkan saya susah nak jumpa satu pun di kedai serbaneka yang popular.Antara reaksi netizen."Lokasi premis kedai adalah berhampiran MRT Damansara Damai," dedahnya di Thread.Menurut wanita ini, kebiasaannya dia terpaksa membeli minyak masak dalam botol kerana stok bungkusan satu kilogram sentiasa habis walaupun di pasar raya.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta supaya aduan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa."Sepatutnya mana-mana kedai yang jual minyak masak subsidi kepada warga asing disaman, sekali lagi penguatkuasaan lemah."Cashier ada minta MyKad masa saya beli dua minggu lepas tapi warga Myanmar yang beratur depan saya boleh pula beli tanpa Mykad," demikian dakwa netizen.