KEWUJUDAN penjaja di kawasan luar sekolah bukanlah perkara asing.Namun tindakan segelintir golongan ini yang menjual jajan atau makanan tidak berkhasiat ternyata mengecewakan ibu bapa. Terbaharu di laman Threads, seorang individu menggunakan akaun @nadalrazak berkongsi kebimbangannya susulan tindakan penjaja yang menjual mi segera di hadapan sebuah sekolah rendah."Tergamak acik-acik ni jual dekat budak sekolah rendah benda macam ni. Report dekat sekolah tak jalan, kita boleh report dekat siapa lagi ya?" tulisnya dalam hantaran berkenaan.Dia turut memuat naik sekeping gambar memaparkan beberapa cawan mi segera yang disusun di atas meja jualan. Individu tersebut walau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai lokasi sebenar, namun dipercayai ia dirakam di sebuah sekolah rendah di Kajang berdasarkan perkongsiannya yang menyebut nama pihak berkuasa tempatan tersebut (PBT).Perkongsiannya ternyata mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir golongan penjaja kerana mengambil remeh soal pemakanan dan hanya mementingkan keuntungan.Justeru mereka menggesa pihak yang berkaitan segera mengambil tindakan tegas untuk menangani perkara berkenaan."Tolong viralkan sekali dengan gambar sekolah. Geram kadang-kadang degil sangat."Juallah buah potong ke, nasi goreng atau mi goreng. Senang betul jual mi segera satu bahagian boleh dapat beberapa cawan."Kembang tekak tengok. Boleh report dekat pejabat kesihatan tak?" demikian antara komen netizen.