suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga maut dalam kebakaran babitkan dua kilang pemprosesan minyak di Banting

Dua buah kilang pemprosesan minyak musnah dalam kebakaran di Banting.

TIGA maut dalam kebakaran melibatkan dua buah kilang pemprosesan minyak di kawasan perindustrian di Jalan 5, Kampung Olak Lempit, Banting di Selangor, pada Rabu malam.

Difahamkan, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.03 malam.

"Tiga mangsa ditemukan rentung di dalam salah satu kilang yang musnah dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Operasi pencegahan kebakaran berjaya dijalankan untuk mencegah kebakaran daripada merebak ke kilang bersebelahan kira-kira pukul 1.15 pagi.

"Kebakaran dilaporkan melibatkan dua kilang tambahan, tetapi api berjaya dikawal daripada merebak lebih lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahmad Mukhlis, dua buah kilang pemprosesan minyak musnah dalam kebakaran tersebut manakala sebuah makmal mengalami kerosakan lima peratus dan sebuah lagi kilang satu peratus.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting.

Tambahnya, bantuan turut diperoleh dari balai di KLIA, Dengkil, Cyberjaya, Bangi, Petaling Jaya, Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan.

Ujarnya, pasukan bomba sukarela dari Sri Serdang dan Rantau Panjang turut dikerahkan, bersama-sama anggota dari polis dan Kementerian Kesihatan. -The Star

Artikel Lain