suria

Ibu tunggal terpaksa tinggal anak 3 tahun sendirian di rumah, pantau guna CCTV dari tempat kerja

Pengadu hanya memantau anaknya melalui CCTV di rumah.

PERKONGSIAN seorang wanita mengenai kisahnya yang terpaksa meninggalkan anak lelaki berusia tiga tahun bersendirian di rumah setiap hari, menyentuh hati netizen.

Menurutnya, tindakan itu dibuat kerana tuntutan tugas selepas bergelar ibu tunggal berikutan tidak semua syarikat membenarkan dia membawa anak ke tempat kerja.

"Kalau ada pilihan, tiada satu manusia pun sanggup tinggalkan anak umur tiga tahun seorang diri di rumah dari pagi hingga ke petang.

Anaknya diajar berdikari sejak usia tiga tahun.

Anaknya diajar berdikari sejak usia tiga tahun.

"Mama tidak rasa susah (walau) kadang-kadang kita tidak ada lauk atau tak dapat jalan-jalan semasa cuti macam orang lain.

"Tapi mama rasa betul-betul susah apabila awak sendirian di rumah," luahnya di Facebook.

Terus mengimbas tentang memori yang tercipta kira-kira tiga tahun lalu itu, ibu tunggal berkenaan memberitahu anaknya langsung tidak menangis kerana sudah terbiasa berdikari walaupun masih kecil.

Malah kata wanita ini, sikap dan semangat anaknya itu membuatkan dia menjadi lebih kuat untuk menempuh kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal percaya kawan baik, terkejut anak 3 tahun ditinggal sendirian di lobi hotel! - “Suami aku nak cepat”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video tular tinggal anak 2 jam di 'playground' dedah suami 'dating' kekasih gelap - "Kalau tahu dia curang, aku sepak"

"Anak mama terpaksa kuat bersama-sama dengan mama, semua orang tidak percaya bertapa berdikarinya anak mama," tambahnya yang kini menetap di Korea Selatan.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh tersebut dia akan menyiapkan hidangan untuk anaknya sebelum keluar bekerja.

"Mama siapkan makanan untuk awak, tengah hari apabila mama rehat, kita makan bersama-sama menerusi panggilan video.

"Ada masa awak okay, ada masa awak menangis minta mama balik cepat. Mama tidak tahu apa yang Tuhan pandang dekat mama sampaikan mama boleh dapat anak sehebat awak," luahnya lagi.

  • Ibu tunggal terpaksa tinggalkan anak 3 tahun sendirian di rumah kerana tuntutan kerja.
  • Anak kecil itu sudah berdikari sejak tahun pertama dan jarang menangis.
  • Mereka makan bersama setiap hari melalui panggilan video waktu rehat.
  • Wanita itu kini mahu tebus masa yang hilang bersama anaknya.
  • Netizen sebak dan memuji ketabahan ibu berkenaan membesarkan anak seorang diri.

Mengakui kehidupannya bertambah baik pada masa ini, ujarnya, dia mahu menebus semua masa yang telah hilang dengan anak lelakinya itu.

"Sekarang ni Sabtu Ahad mama mahu rehat dengan tenang bersama-sama awak di rumah," luahnya sambil menyatakan anaknya sudah berusia enam tahun.

Di ruangan komen, wanita ini menjelaskan bahawa anaknya ditinggalkan sendirian apabila dia bekerja pada Sabtu dan Ahad.

Ia berikutan kawasan penempatannya hanya mempunyai seorang pengasuh dan waktu jagaan hanyalah Isnin hingga Jumaat.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan, difahamkan wanita itu memantau anaknya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.

Luahannya itu meruntun hati warga maya dengan kebanyakannya memuji ketabahan dia membesarkan anak.

"Kesiannya awak, menangis tengok semua ni... betapa struggle awak anak beranak.

"Bab anak ni saya faham sagat sebab saya juga melalui perkara yang sama.

"Tabahnya kamu, saya menangis baca posting ni, kesian pada anak kamu dan semoga dia membesar menjadi anak yang berdikari dan sangat peduli pada ibunya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain