suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aplikasi enkripsi sukarkan pengesanan bahan CSAM... Tiga langkah ini mampu halang penyebaran berlaku

Rakan sebaya merupakan antara 'ruang' penyebaran tertutup yang berlaku dalam masyarakat. -Gambar hiasan

PENYEBARAN bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang berlaku dalam 'ruang' tertutup membuatkan ia sukar dikesan lebih awal.

Mendedahkan situasi yang berlaku masa kini, Pakar Kaunseling dan Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Fauziah Mohd Sa’ad berkata, penyebaran terjadi dalam kumpulan kecil dan melibatkan akaun palsu.

Malah katanya, ia turut melibatkan aplikasi yang disulitkan (encrypted apps) dan perkongsian sesama rakan sebaya.

"Ia sering kelihatan seperti ‘kandungan biasa’, termasuk gambar yang dimanipulasi atau disunting sehingga sifat eksploitasi seksualnya tidak jelas.

"Inilah yang menjadikan pengesanan awal sangat mencabar," jelasnya.

Menurut Fauziah, pelaku menggunakan teknik penyamaran seperti image morphing dan perubahan saiz.

Selain itu, katanya, pelaku turut melakukan penyulitan yang mengelakkan sistem automatik mengesan kandungan terlarang. 

Kanak-kanak perlu diajar bahawa apa-apa imej intim tidak boleh dikongsikan. -Gambar hiasan

Tambahnya, situasi lebih membimbangkan apabila kanak-kanak tidak melaporkan gejala yang berlaku kerana berasa malu atau takut dimarahi ibu bapa mahupun golongan dewasa.

"Ia sekali gus menyebabkan tingkah laku berisiko itu, berlarutan tanpa disedari," jelasnya lagi.

Mengulas tentang cara kawalan yang paling berkesan, ujar Fauziah, ia perlu dilakukan secara tiga peringkat.

"Pertamanya menerusi pendidikan literasi digital kepada kanak-kanak di samping pemantauan dan had digital oleh ibu bapa.

"Selain itu, pengesanan proaktif oleh platform melalui teknologi seperti hash database dan pemantauan tingkah laku mencurigakan perlu dilaksanakan," tegasnya.

Namun ujar beliau, intervensi paling berkesan ialah mencegah penularan daripada awal atau sebelum kandungan itu sempat tersebar.

"Ajar kanak-kanak bahawa apa-apa imej intim tidak boleh dikongsi walau kepada rakan. 

"Pengendali platform pula perlu bertindak segera dengan membekukan akaun dan melaporkan kandungan mencurigakan yang telah dikesan.

"Lebih cepat fail dikesan, lebih kecil risiko ia tersebar ke ribuan pengguna lain," tambahnya.

Artikel Lain