SEORANG lelaki menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas dipercayai membunuh wanita tersebut di sebuah flat di Jalan Tuna di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Perbuatan itu terbongkar selepas suspek berusia 28 tahun itu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada Khamis.
Difahamkan, sepanjang tempoh itu, suspek tinggal bersama mayat isterinya yang berusia 44 tahun di dalam rumah tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, satu kenyataan media berhubung kes berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


