suria

[V] Sejak lahir tengok rambut kembang, bapa kena bersongkok nak dekati anak lepas tukar gaya

Video yang dikongsi meraih lebih 2.5 juta tontonan.

BAYI dan kanak-kanak biasanya hanya boleh didekati oleh individu terdekat yang mereka kenali.

Apabila bertemu seseorang yang tidak pernah dilihat, mereka cenderung untuk berasa takut sehingga menangis.

Di TikTok, tular video seorang kanak-kanak [Tonton Video] yang tidak mengenali bapanya sendiri selepas lelaki itu menukar gaya rambutnya.

Sebelum anaknya dilahirkan, lelaki itu sememangnya memiliki rambut dengan gaya kembang.

Namun dalam video itu, anaknya dilihat menjauh selepas dia membuka songkok dan menunjukkan gaya rambut baharunya yang dipotong lebih pendek.

Si bapa kini terpaksa bersongkok demi mendekati anaknya.

"Setahun hidup dengan rambut kembang bapanya. Bila potong, tak kenal pula. Lahir-lahir dah memang kenal rambut bapanya macam tu," tulis isterinya di TikTok.

Menerusi akaun TikTok Hasanah Dayah itu lagi, suaminya kini terpaksa bersongkok setiap kali mahu memegang anak mereka.

Video itu menerima 2.5 juta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Nasib boleh bersongkok. Macam anak-anak saya, bapanya cukur jambang. Dua-dua tak nak dekat. Duduk tenung je.

"Macam anak saya. Bapanya potong rambut, dia pandang-pandang je tak nak dekat.

"Belilah rambut palsu. Pakai depan anak," antara komen netizen.

Artikel Lain