suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi kemalangan bas... Dua penumpang maut tersepit, 16 cedera

Dua mangsa disahkan maut akibat tersepit.

DUA maut, manakala 16 yang lain cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di Batu Pahat, Johor, awal pagi Khamis.

Dua mangsa yang terkorban adalah warga Indonesia yang dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Md Isa Masngun, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu bas persiaran membawa 45 penumpang, sebuah lori tunda dan sebuah lori tangki.

Menurut Md Isa, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah malam sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

"Dua penumpang bas tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. 16 lagi iaitu penumpang dan pemandu bas cedera.

"Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas. Mereka dihantar ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut

"28 penumpang lain selamat tidak cedera," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pemandu lori tunda dan lori tangki  turut terselamat dalam kejadian itu.

Operasi membantu dan menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 3.03 pagi.

Artikel Lain