suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga suspek kes bunuh pelajar universiti di Cyberjaya berjaya ditahan... Semua kenal mangsa

Norhizam Bahaman mengesahkan tangkapan tiga suspek.

DUA wanita antara tiga suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan di Johor Bharu, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan pada Khamis dan awal pagi Jumaat.

“Mereka ditahan dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang untuk permohonan reman,” katanya pada Jumaat sambil memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek dikenali mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar universiti di Cyberjaya mati dibunuh, barang peribadi termasuk kad ATM lesap!

Tambah beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami berharap orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes itu atau berkongsi berita tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan mangsa yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi ditemukan mati di sebuah asrama pelajar.

Mangsa yang berasal dari Kuching, Sarawak, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan yang ketara pada badan kira-kira pukul 10 pagi Selasa.

Susulan itu, rakannya segera memaklumkan kepada polis.

Mangsa yang berusia 20 tahun didapati tinggal bersama lima pelajar lain.

Namun dia yang dijadualkan akan menduduki peperiksaan, ditinggalkan sendirian kerana rakannya pulang bercuti pada 21 Jun.

Siasatan awal mendapati, beberapa barang berharga milik mangsa antaranya kad ATM, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai dilaporkan hilang dari tempat kejadian.

Polis juga mendapati tiada unsur rogol dalam pembunuhan mangsa.

Bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan tumpul di kepala. -The Star

Artikel Lain