suria

Jual makanan, terjual sekali pelaris? Wanita pelik martabak beli di bazar tak boleh potong, rupanya ada ‘inti’ kain buruk

Kain buruk yang didapati di dalam murtabak.

SEJAK bazar Ramadan bermula 12 Mac lalu, pelbagai isu berkaitan juadah berbuka dipaparkan di media sosial.

Kebiasaannya warga maya akan berkongsikan situasi semasa di bazar Ramadan yang padat dengan pengunjung atau apa saja rungutan tentang juadah yang dibeli.

Selain makanan rasa tawar, karipap inti 'angin' dan kehadiran bendasing seperti ulat serta lipas, terbaharu seorang wanita dikejutkan dengan martabak 'inti' kain buruk.

Tangkap layar perkongsian kain buruk di dalam murtabak.

Tangkap layar perkongsian kain buruk di dalam murtabak.

Menerusi posting Yuhaiza Hamid yang tular, kain perca yang dianggarkan bersaiz 5x5 sentimeter itu dipercayai menjadi 'inti' martabak berkenaan.

Warnanya agak kekuningan seperti adunan inti martabak sebenar mungkin membuatkan si pembuatnya tidak sedar akan hal ini.

Menurut Yuhaiza, dia hanya menyedari kewujudan kain perca itu semasa ingin memotong martabak itu yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bahan ekstra’ dalam juadah berbuka! Tengah makan, lipas keluar dari nasi... beli mi Jawa dapat seekor kumbang

"Lillahitaala saya beli martabak di Bazar Desa Pandan. Potong dua pelik tak boleh potong. Rupanya kain buruk, Allah," luahnya di laman Facebook.

Menurut wanita ini, kain buruk tersebut bukan sahaja membantutkan keinginan untuk menjamah makanan itu malah membuatkan mereka sekeluarga berasa loya dan muntah.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan sama ada kain yang ditemukan itu adalah kain buruk atau pelaris perniagaan.

Kembang tekak. Boleh pula macam tu, puasa kot... letih, tak perasan tapi memang nak muntah la.

WARGA MAYA

"Ni kain buruk ke pelaris... terus muntah sekeluarga," tambahnya.

Bimbang dirinya dituduh memfitnah atau sengaja menjatuh-jatuhkan peniaga, dia menyatakan mempunyai bukti pembelian kerana pembayaran dibuat menggunakan kaedah imbasan kod QR.

"Saya bayar kod QR ya, jadi memang ada bukti," katanya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya meluahkan rasa jijik dan kehairanan bagaimana kain tersebut boleh berada di dalam martabak berkenaan.

"Kembang tekak. Boleh pula macam tu, puasa kot... letih, tak perasan tapi memang nak muntah la.

"Orang yang jual tu tak kan la tak perasan masa masak? Besar saiz kain tu.

"Tak boleh nak fikir macam mana dia adun tepung dengan ada kain buruk tu, dia tebar semua... dia bungkus tak kan tak nampak?

"Esok bawa pergi kat peniaga, tunjuk mereka. Apa mereka nak kata sebab ada bukti beli guna kod QR," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain