suria

Kasihan! Ramai gigit jari tak dapat melaram kaftan Indonesia di Aidilfitri gara-gara percayakan seller peramah, mulut manis

Antara akaun dipercayai milik scammer yang telah dikenalpasti warga maya.

NIAT hati mahu melaram di pagi raya, namun wanita-wanita ini akhirnya terpaksa berputih mata apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Mangsa, Ainur Sofea, 20, berkata dia pada mulanya tertarik untuk membeli sepasang kaftan Indonesia yang dijual pada harga yang cukup murah selain turut terpedaya dengan sifat peramah 'penjual' terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer ‘buat duit’ musim e-Filing! Isteri terduduk wang RM30,000 lesap... Terpedaya panggilan LHDN, inspektor polis

“Sebenarnya, saya terjumpa satu akaun, dia jual kaftan Indonesia pada harga RM100, saya pun terus mesej penjual tapi dia sangat tak ramah dan kebetulan masa saya nak buat pembayaran, online banking saya ada masalah jadi saya tak jadi beli.

“Dalam masa sama, saya jumpa satu lagi akaun, penjualnya sangat ramah jadi saya terus bank in esoknya RM110 tapi saya tak sedar yang nombor akaun yang diberi sama dengan nombor akaun penjual sebelumnya,” kata pelajar tersebut.

Selepas membuat bayaran, 'penjual' tersebut meminta Ainur untuk membayar tambahan RM250 bagi membolehkan urusan penghantaran dilakukan.

1

Komunikasi Ainnur dengan 'penjual' untuk mengeluarkan 'surat nyata harga' dan (kanan) nombor akaun yang diterima oleh Ainnur.

“Scammer tu beritahu saya perlu bayar RM250 untuk membolehkan 'surat nyata harga' dikeluarkan untuk pelepasan kastam, memandangkan baju ni dari Indonesia.

“Saya tak nak bayar, saya minta dia pulangkan semula duit saya tapi sampai sekarang dia berdiam diri,” katanya.

Balqis Fathina, 22, yang turut menjadi mangsa 'penjual' yang sama berkata dia juga tertarik dengan harga murah yang ditawarkan.

“Saya terus menghubungi penjual dan dia tunjuk tiga design tapi saya hairan sebab ketiga-tiga baju tersebut menggunakan carta saiz yang sama, jadi agak tidak logik.

2

Mesej yang membuatkan Balqis tertarik untuk membeli dengan 'penjual' tersebut di pos pang menjanjikan item akan dipos keesokan harinya.

“Saya buat keputusan untuk tidak beli.

“Cara dia ambil pesanan pun pelik sebab mereka tidak minta nama item yang ingin dibeli, sebaliknya hanya minta maklumat pembeli seperti nama, nombor telefon, alamat dan butir pesanan tetapi item tersebut tidak dinamakan,” ujar pegawai sumber manusia tersebut.

Balqis yang menetap di Petaling Jaya bagaimanapun terpedaya apabila ditawarkan penghantaran segera.

“Penjual tu mesej beritahu sekiranya dia dapat buat pembayaran pada malam yang sama, baju tersebut akan dipos pada keesokan hari jadi saya pun buat pembayaran dan minta mereka kongsi nombor tracking tapi mereka berdiam diri dan block saya, masa tu saya sedar saya ditipu.

3

Komunikasi Balqis dengan scammer sebelum nombor telefonnya disekat.

“Saya Google nombor telefon penjual, keluar 'Scammer Jual Baju', jadi saya screenshot semua perincian seperti nama akaun dan nama akaun bank dan post di semua akaun sosial media saya,” katanya.

Sementara itu seorang penjawat awam yang enggan dikenali berkata dia beberapa kali menyemak maklumat 'penjual' di laman web disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) namun carian tersebut gagal menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa jenayah scam.

“Sebenarnya, mak saya yang jumpa akaun tersebut, saya minta dia semak nombor telefon pemilik akaun dan dia kata semua baik sahaja.

4

Keputusan carian nombor scammer tersebut di True Caller oleh Balqis.

“Saya semak kali kedua dengan portal JSJK pun nama dia tidak ada jadi saya beli dengan yakin.

“Silap saya adalah saya tidak semak True Caller, saya terus bank in RM200 kepadanya,” katanya.

Selepas membuat pembayaran, scammer tersebut menelefon dan mengatakan bahawa dia perlu menambah lagi RM300 kononnya untuk pelepasan Kastam.

“Saya terlalu marah jadi saya laporkan perkara tersebut kepada polis tetapi saya terlupa nak screenshot perbualan dengan scammer tersebut,” katanya, sambil menambah dia juga telah disekat oleh scammer terbabit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain