suria

‘Sangat melukakan hati’ terpaksa rawat haiwan peliharaan berdepan komplikasi gara-gara wujud doktor palsu, pemilik nak berjimat

Dr Salehatul berkata pemilik haiwan perlu memastikan klinik atau pusat haiwan menggaji doktor yang benar-benar terlatih.

PERUT koyak, usus atau organ dalaman lain terkeluar atau terburai.

Ini antara kesan komplikasi yang terpaksa ditanggung haiwan peliharaan yang dihantar ke pusat rawatan dan klinik yang menggaji doktor haiwan palsu atau bogus veterinarian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurumekap menangis, buat video 6 hari seminggu tapi masih tak meletup di TikTok! Hajat hati nak mekap Uqasha Senrose, Emma Maembong

ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar

Bercakap kepada mStar, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali berkata kliniknya menerima beberapa kes berlakunya komplikasi selepas pembedahan pemandulan yang didakwa dilakukan individu tidak bertanggungjawab yang mengaku dirinya seorang doktor haiwan.

"Kes macam ni biasanya ada dua punca, pertama pemilik itu sendiri tahu individu terbabit bukan doktor tapi sebab dia pandai buat rawatan dan kos murah jadi dia hantar juga sebab nak jimat.

"Satu lagi kes, pemilik tak tahu bahawa individu terbabit adalah doktor palsu. Doktor haiwan terbabit mengaku dirinya seorang doktor dan akhirnya rawatan yang diberikan mendatangkan kemudaratan kepada haiwan peliharaan," katanya.



Dr Salehatul sering berkongsi tips berkenaan haiwan peliharaan di laman media sosialnya.

Menurut Dr Salehatul, selain terpaksa berdepan dengan kos rawatan susulan yang lebih tinggi selepas mahu berjimat, pemilik juga berdepan dengan kemungkinan kehilangan haiwan kesayangan mereka.

"Ada sesetengah orang rasa hantar dekat klinik ni mahal jadi mereka cari alternatif yang lebih murah, nak jimat... tapi kena fikir balik, kalau jadi macam ni (organ dalaman terkeluar) dah tak jimat sebab kos untuk repair surgery, iaitu satu pembedahan yang sangat rumit, adalah lebih tinggi.

"Kes macam ni tak mudah nak perbaiki semula, ia sangat melukakan hati... kami rasa kecewa sedih, marah

"Ada satu dua kes yang alami komplikasi dan dihantar pada kami survive tapi ada juga yang tak survive sebab kebanyakanya usus dah terburai dan tercemar," katanya.



Antara kes komplikasi selepas pembedahan pemandulan yang dilakukan individu yang didakwa sebagai doktor haiwan palsu.

Menurut Dr Salehatul, kebarangkalian untuk doktor haiwan palsu ini menerima semula kes apabila berlakunya komplikasi akibat daripada rawatan yang mereka berikan juga amat tipis.

"Kalau awak sanggup untuk bawa kucing dirawat oleh mereka yang bukan doktor haiwan, kalau apa-apa terjadi selepas itu kenapa tak bawa semula ke sana untuk diperbetulkan semula?

"Mereka tidak akan bertanggungjawab, percaya cakap saya.

"Yang pecah kepala nak betulkan, doktor haiwan ni juga, bila tak dapat nak diselamatkan, daktor haiwan ni juga yang dipersalahkan," luahnya.



Kos bagi membuat rawatan susulan sekiranya berlaku komplikasi akibat daripada pembedahan gagal (botched surgery) amat tinggi.

Dr Salehatul turut mempersoalkan bagaimana individu bukan profesional ini boleh mendapatkan ubat bius, ubatan suntikan lain serta ubat-ubatan yang terkawal.

"Kami ni kalau nak practice perlu melalui pelbagai prosedur.

"Bukan nak dengki orang nak buat bisnes tapi ini soal nyawa," katanya.

Tegas Dr Salehatul, pemilik haiwan perlu memastikan bahawa pusat haiwan yang menyediakan servis rawatan dan pembedahan menggaji doktor yang benar-benar terlatih.

"Doktor haiwan sama seperti doktor biasa mereka perlu mendaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia dan mereka perlu memperbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan (APC) sama seperti doktor biasa.

"Jadi pemilik haiwan boleh minta supaya mereka tunjuk APC untuk memastikan bahawa mereka benar-benar doktor yang terlatih," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak