suria

Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar

Amier yang merupakan guru agama mempunyai minat dalam senaman angkat berat.

JIKA melihat pada susuk tubuh jejaka ini yang fit, pasti ramai meneka dirinya adalah jurulatih kecergasan peribadi atau personal trainer (PT).

Namun sangkaan itu meleset, sebaliknya pemuda yang rajin bersenam dan mengangkat berat di gim ini sebenarnya bergelar ustaz dalam kalangan murid-muridnya.

Pemuda sado yang baru berusia 21 tahun ini merupakan guru agama di sebuah sekolah di Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berkain pelikat angkat tong gas, ramai kagum tengok 'bicep'... tapi apa hal pula pemuda ini pakai 'gelang putih'?

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sado, nampak muda lelaki ini kena menjawab dengan polis lalu 'fast lane' di PPV - "Dulu orang panggil pakcik, sekarang abang"

Mohamad Shahrul Amier Mohamad Nordin berkata, dia mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman di Jitra, Kedah.

Guru pelatih sementara itu memberitahu, ketika ini dia menjalani latihan praktikum dengan mengajar murid-murid sekolah rendah di Bota, Perak.

"Saya merupakan guru Pendidikan Islam untuk murid tahun lima, saya turut mengajar Bahasa Arab bagi pelajar tahun tiga.

"Saya dari zaman sekolah memang berminat untuk menjadi guru, atas dorongan mak ayah yang mahu ada pendidik dalam keluarga kami," katanya kepada mStar.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak Jun lalu, pemuda berasal dari Bota itu dipanggil 'cikgu' atau panggilan ustaz.

ustaz sado 3

Amier mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Amier berkata, dia mula berjinak-jinak untuk bersenam di gim sejak Ogos tahun lalu, selepas gim dibuka semula susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Hati saya terdetik nak cari hobi lain daripada lain sebab sebelum ini saya lebih aktif bermain bola tampar dan menyertai sukan memanah.

"Dulu pernah ikut abang yang kaki gim, tapi badan saya tetap kurus sebab tak aktif, tak jaga pemakanan dan makan pun tak cukup protein untuk pembinaan otot," ujar pemuda berketinggian 175cm itu.

ustaz sado 5

Mula aktif bersenam di gim sejak Ogos 2020.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia menyedari penglibatannya dalam aktiviti mengangkat berat membuatkan ramai tidak menyangka dirinya bergelar ustaz.

"Saya mahu tampil berbeza dengan kelihatan sado untuk kepuasan diri sendiri. Dulu badan saya memang kurus cuma 53kg, selepas lebih setahun dah cecah 71kg.

Saya teringin jadi personal trainer suatu hari nanti, insyaAllah. Satu kepuasan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka yang nak badan fit atau sado

MOHAMAD SHAHRUL AMIER

"Tak ada personal trainer yang ajar saya di gim. Saya ambil ilmu daripada pengalaman bersama abang dan belajar di YouTube berkaitan kecergasan," katanya yang turut mengikuti perkembangan ahli bina badan yang dinobatkan Champ of Champs Mr JDT III 2021, Fahmi Masri di laman sosial.

Walaupun mengidam badan cantik dan berotot, Amier bagaimanapun menegaskan dirinya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana pertandingan berkaitan bina badan.

ustaz sado 6

Memiliki badan berotot merupakan satu kepuasan diri bagi Amier.

"Sebabnya kerana saya mahu mengelakkan pengambilan steroid bagi mendapatkan badan lebih cantik dan tidak mahu mendedahkan aurat.

"Tambahan pula saya seorang guru agama, jadi saya perlu menjadi role model yang terbaik kepada para pelajar," katanya yang bersenam secara konsisten di gim mahupun di rumah.

ustaz sado 4

Amier turut berminat untuk mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pemuda yang turut digelar 'Ustaz Sado' itu turut bersyukur dengan pengumuman mengenai gim kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi semula, untuk individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19.

"Alhamdulillah, saya antara yang paling gembira sebab sebelum ini saya workout enam hari seminggu di gim. Saya teringin jadi personal trainer suatu hari nanti, insyaAllah.

"Satu kepuasan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka yang nak badan fit atau sado," kata Amier yang turut mahu menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain