suria

Suami bodyguard angkat mesin basuh macam kotak kosong, tapi isteri tetap risau! Paling ‘kesian’ tak sedar angkat hadiah sendiri bernilai RM6,000

Foto kanan Hanim (kanan) bersama suami. Suami Hanim mendapat perhatian gara-gara mengangkat mesin basuh seorang diri ke tingkat atas rumah.

NAMPAK macam kotak kosong je!

Begitulah gambaran netizen menerusi video di aplikasi Tiktok terhadap seorang suami yang mengangkat sebuah mesin basuh sambil menaiki tangga dari tingkat bawah kediaman ke tingkat atas.

Isteri kepada lelaki yang 'gagah' itu, Nur Hanim Mohd Razali berkata, rakaman dibuat sewaktu dia dan suami menerima mesin basuh baharu yang dibeli secara dalam talian di kediaman mereka berkonsepkan rumah bandar (townhouse) tiga tingkat di Skudai, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kaki gim ke Bollywood, tak sangka abang sado ada bakat 'breakdance'... dicabar isteri menari K-pop, juruteknik kata boleh tapi bersyarat!

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah suami sado, si isteri buat kejutan bunga duit 'puluhan ribu ringgit'... gubahan setinggi birthday boy! - "Banyak mana pun, nilainya tak cukup untuk balas pengorbanannya"

Wanita berusia 30 tahun itu memberitahu, dua pekerja penghantaran hanya membawa mesin basuh tersebut ke rumah mereka di aras satu.

"Rumah saya ni townhouse, jadi aras bawah ada rumah orang lain. Dua pekerja hantar ke rumah kami di aras satu.

"Kalau nak angkat ke bilik laundry di aras dua, ada caj perkhidmatan. Jadi suami kata tak apa, dia angkat sendiri dari aras satu ke aras dua," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Hanim, dia tidak menyangka suaminya yang juga berusia 30 tahun dapat mengangkat mesin basuh dengan 10 kilogram (kg) berat basuhan itu seorang diri.

"Barang sampai baru kami tahu ada ekstra caj hampir RM100 untuk dibawa ke tingkat atas. Suami yang kaki gim dah biasa angkat berat, jadi dia buatlah.

"Nampak berat sebab dua pekerja angkat berdua dari lori. Saya ada offer untuk tolong, tapi suami kata dia okay untuk angkat sendiri," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

suami mesin basuh 4

Hanim (kanan) bersama suami dan anak.

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia setahun dan 10 bulan itu mengakui bimbang dengan keadaan suaminya memandangkan mesin basuh itu bukannya ringan.

"Risau juga kalau suami tergolek ke belakang masa bawa naik mesin basuh tu. Dengan ada tempat gantung beg antara tangga, dia redah je macam tak ada apa-apa.

"Lepas suami dah letak mesin basuh kat bilik laundry, saya tanya ada sakit tak? Risau kalau sakit belakang. Suami kata 'okay je, abang kuat'," tambahnya.

Menurut Hanim, suaminya yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi mula aktif bersenam di gim pada tahun ini untuk membina badan yang sebelum ini kurus.

suami mesin basuh 5

Kejutan hadiah sempena hari ulang tahun suami ke-30.

"Dulu suami kurus, berat dia 56kg. Tapi kerjanya sebagai bodyguard kena badan nampak lebih fit, itu yang dia masuk gim dan sekarang berat dia 87kg," ujarnya.

Disebabkan minat membina badan, suri rumah itu membuat kejutan dengan menghadiahkan set kelengkapan senaman angkat berat baru-baru ini sempena hari ulang tahun suaminya.

"Birthday suami sebenarnya pada 29 Oktober, tapi saya buat kejutan awal dengan hadiah kira-kira 10 jenis peralatan yang dibeli secara online dan berasingan.

Lepas suami dah letak mesin basuh kat bilik laundry, saya tanya ada sakit tak? Risau kalau sakit belakang. Suami kata 'okay je, abang kuat'

NUR HANIM MOHD RAZALI

"Sebelum ini suami begitu sibuk dengan kerja, hanya ada masa lapang ke gim selepas tengah malam. Lepas bersenam kira-kira sejam, sekitar pukul 1 pagi baru balik. Sekarang ni dah boleh gim di rumah," katanya sambil menambah kos keseluruhan set tersebut berjumlah kira-kira RM6,000.

suami mesin basuh 6

Suami Hanim bersenam di rumah.

Hanim berkata, suaminya yang menjadikan ahli bina badan terkenal dari United Kingdom, Simeon Panda sebagai idola, membantunya mengangkat kesemua peralatan gim yang dibeli ke tingkat atas rumah.

"Nak buat surprise tapi saya minta suami tolong angkat masa barang-barang tu dihantar ke rumah. Saya kata itu barang-barang saya punya, order online.

"Kejutan tetap menjadi bila suami nampak kotak ada tulis dumbbell, tapi dia tertanya-tanya siapa punya sehingga saya beritahu semua tu untuk dia.

"Kejutan tu nak hargai suami yang bukan saja boleh tolong angkat barang-barang berat di rumah, tapi dia juga rajin tolong buat kerja-kerja rumah, jaga anak. Memasak pun suami boleh, lagi pandai daripada saya... paling sedap masakan suami adalah ayam masak merah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain