suria

Dari kaki gim ke Bollywood, tak sangka abang sado ada bakat ‘breakdance’... dicabar isteri menari K-pop, juruteknik kata boleh tapi bersyarat!

Foto kanan Alif menunjukkan badannya yang berotot, foto kiri dan tengah tangkap layar video Alif menari lagu Bollywood.

JIKA melihat pada badannya yang berotot, pasti ramai dapat meneka jejaka ini 'kaki gim'.

Namun siapa sangka di sebalik minat untuk membina badan, lelaki ini juga sebenarnya mempunyai bakat menari.

Selain banyak video workout di gim yang dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut selesa untuk berkongsi aksinya menari lagu-lagu Bollywood.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berkain pelikat angkat tong gas, ramai kagum tengok 'bicep'... tapi apa hal pula pemuda ini pakai 'gelang putih'?

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tayang 'bicep', video 'buang sampah' raih lebih 320,000 tontonan di TikTok... pemuda Kluang perjelas simbolik di sebaliknya, bagai jatuh ditimpa tangga

Antara video yang menyaksikannya menari lagu Bollywood berjudul Mere Mehboob Mere Sanam yang merupakan runut bunyi filem Duplicate terbitan 1998 lakonan Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan bersama dua aktres Juhi Chawla dan Sonali Bendre.

Jejaka sado itu, Muhammad Alif Aiman Azman Shah berkata, dia mula melakukan senaman bina badan di gim sejak 2015 kerana mahu memiliki badan berotot.

Lelaki berusia 28 tahun itu turut mengakui bahawa dia merupakan pengikut filem dan lagu Bollywood, selain hobi menari.

"Sebenarnya semasa di sekolah menengah lagi saya selalu menghabiskan masa lapang dengan menari 'breakdance' bersama kawan-kawan.

"Tapi saya berhenti menari apabila terlibat dalam kemalangan motosikal pada Januari 2015, mengakibatkan patah kaki," katanya kepada mStar.

sado bollywood 3

Alif bersenam di gim untuk membina badan.

Lebih mesra disapa Alif, katanya, enam bulan selepas insiden itu barulah dia memasuki gim dan berazam untuk membina badan dan kekal cergas.

"Saya rancang nak masuk pertandingan bina badan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini, tapi ia ditangguhkan sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Dulu sebelum masuk gim berat badan saya 43 kilogram (kg). Bila dah workout, badan pun dah makin sado berat saya naik kepada 73kg.

"Nak menari 'breakdance' pun dah susah sebab badan makin berat sebab tarian perlu banyak kekuatan tangan dan mengimbangi badan," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

sado bollywood 5

Alif berbakat menari 'breakfance'.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata berusia dua tahun itu, minat dalam tarian diteruskan dengan menari diiringi lagu-lagu Bollywood.

"Saya dari kecil minat Bollywood. Saya menjadikan bintang Bollywood, Salman Khan dan Hrithik Roshan yang berbadan sasa sebagai inspirasi untuk bina badan.

Saya dari kecil minat Bollywood. Saya menjadikan bintang Bollywood, Salman Khan dan Hrithik Roshan yang berbadan sasa sebagai inspirasi untuk bina badan

ALIF

"Pantang je dengar lagu Bollywood saya akan enjoy dan boleh menari. Dalam kereta pun saya boleh ikut rentak lagu-lagu Bollywood di radio," ujarnya yang turut meminati aktres Bollywood, Kajol dan Anushka Sharma.

Alif berkata, minatnya dalam Bollywood itu mendapat sokongan daripada isteri yang berusia 25 tahun, yang turut mencabarnya untuk merakamkan video menari lagu-lagu berkenaan.

sado bollywood 1

Alif (kanan) bersama isteri.

Juruteknik itu bagaimanapun memberitahu, minat isterinya adalah berlainan kerana lebih gemar mengikuti drama dan filem dari Korea Selatan serta mendengar lagi-lagu K-Pop.

"Isteri layan je Bollywood. Saya pula hanya tengok drama atau filem Korea yang genre aksi saja, kalau yang cerita cinta ni saya tak berminat," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Alif yang meminati filem Bollywood, Rab Ne Bana Di Jodi lakonan Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma berkata, isterinya turut mencabarnya untuk mencuba menari diiringi lagu-lagu K-Pop dendangan kumpulan Big Bang.

"Dari tarian Bollywood ke K-Pop tu boleh je, saya sahut cabaran isteri. Tapi bersyarat, isteri kenalah menari lagu-lagu Bollywood seperti saya pula," ujarnnya secara berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain