suria

Indahnya hidup di kampung! Lelaki ini buat ramai teruja selepas kongsi video anak babi hutan berbelang - “Tak pelik, kami dah selalu jumpa”

Ammar yang bekerja sebagai pemandu turut membantu bapanya menguruskan haiwan ternakan di sebuah ladang yang terletak di Perak.

LARANGAN rentas negeri gara-gara pandemik Covid-19 menyebabkan kita semua sudah sekian lama tak dapat balik ke kampung.

Namun, video-video dikongsi Muhammad Ammar Zainudin di TikTok ternyata sedikit-sebanyak dapat mengubat kerinduan anak perantau.

Malah, video suasana kampung yang banyak memaparkan penceritaan mengenai haiwan ternakannya meraih jumlah tontonan yang luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak bawa ke kebun, dia mengamuk nak ikut” -Bapa hairan Che Tam terlalu sayangkan haiwan, tak kisah digelar Syukur 2.0

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, penyayang pula! Gadis ini tak kekok urus 70 ekor kerbau, ikut jejak nenek jadi penternak haiwan

Menurut jejaka berusia 26 tahun itu, ladang milik keluarganya di Tronoh, Kinta, Perak menghimpunkan haiwan-haiwan seperti kerbau, lembu, kambing, ayam, itik, angsa, rusa dan macam-macam lagi yang sudah lama dibela.

Jelas pemandu di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu, dia secara suka-suka berkongsi video mengenai ternakannya itu sejak akhir bulan lepas.

"Dulu atuk saya yang bela kerbau, kemudian bapa saya sambung. Saya juga dari kecil lagi dah selalu tolong ayah jaga haiwan.

"Saya bekerja sebagai driver. Kalau ada masa terluang saya akan ke ladang. Dekat saja dengan rumah kami, dalam 800 meter.

amar1

Ammar banyak berkongsi video mengenai haiwan ternakan menerusi TikTok.

"Saya install TikTok pada 26 Jun, saya letak video pertama yang saya halau kerbau. Ramai pula yang suka.

"Pada masa sama, kami juga ada haiwan lain. Bermula dari situ saya kongsikan macam-macam video, saya ceritakan mengenai semua haiwan yang ada," ujarnya kepda mStar.

ammar5

Dedah Amar, dia tiga tahun menganggur sebelum diterima bekerja dengan MBI pada Januari lalu.

Mesra disapa Amar, dia mengakui terharu dengan komen positif netizen yang berterusan memberi sokongan terhadap perkongsian video olehnya di platform itu.

Selain video haiwan ternakan sendiri, video mengenai anak-anak babi hutan dengan ibu mereka turut menjadi tular sehingga menerima 2.4 juta tontonan.

Walau selalu hadap haiwan, tapi tak pernah jemu. Mereka ada pelbagai perangai.

AMMAR

"Saya tak sangka video babi hutan tu viral. Ia bukan perkara pelik, kami dah selalu jumpa babi hutan di kampung.

"Tapi ramai yang keliru, mereka fikir anak babi hutan tu merupakan anak rusa atau kijang. Waktu kecil memang berbelang, dah besar akan bertukar jadi hitam.

"Saya rasa gembira. Sekurang-kurangnya dapat juga saya membantu masyarakat untuk kenali haiwan-haiwan yang mereka jarang tengok

ammar3

Selain video ternakan sendiri, video anak-anak babi hutan (kiri) yang ditemui Ammar secara tak sengaja turut tular di TikTok.

"Ada juga yang komen, mereka akui menangis tengok video saya naik basikal di kampung. Mereka kata terubat rindu pada kampung masing-masing lepas tengok video saya," ujar anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Kata Ammar, dia bersyukur dapat hidup dalam suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota, sekali gus memberi ketenangan pada jiwanya.

Malah, aktiviti menguruskan haiwan yang dilakukannya sejak kecil lagi turut dianggap sebagai satu terapi dan kaedah untuk menghilangkan stres selepas penat bekerja.

ammar6

Ammar sudah terbiasa membantu bapanya di ladang sejak kecil lagi.

"Sebenarnya rezeki saya dapat duduk dengan mak ayah di kampung. Sebelum ini saya menganggur selama tiga tahun. Saya masuk jadi pemandu pada 4 Januari lalu.

"Sepanjang menganggur, saya tolong ayah uruskan ladang termasuklah menguruskan kebun sawit. Ayah sekarang umur 67, masih sihat tapi saya nak tolong dia.

"Saya rasa tenang dan seronok dengan haiwan-haiwan. Duduk kampung, jauh dari pencemaran udara dan bunyi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walau selalu hadap haiwan, tapi tak pernah jemu. Mereka ada pelbagai perangai. Boleh buat hilang stres kita.

ammar4

Ammar akui tenang dapat hidup dalam suasana desa.

"Macam lembu dan kerbau tu kita jual ketika nak raya korban. Ayam itik tu pula sekadar bela nak bagi ada, meriahkan ladang. Bolehlah dapat telur fresh yang berkhasiat untuk kami, " ujarnya lagi.

Akhir kata, Ammar turut berterima kasih kepada netizen atas sokongan mereka yang sentiasa menantikan video terbaharu di TikTok.

Untuk rekod, Ammar kini memiliki lebih 20,000 pengikut di aplikasi itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!