suria

“Tak ada angin masuk pun, pintu tandas bergegar setiap kali tutup”- Tiga beradik diganggu kejadian aneh sejak pindah rumah sewa

Hafiz mendakwa pintu tandas di rumahnya akan bergegar sekiranya ditutup pada waktu senja.

BILA nak masuk rumah baru, mesti ada banyak pantang larang dan petua daripada orang tua-tua.

Seperti yang kita tahu, rumah baharu atau rumah yang dibiarkan lama tidak berpenghuni dikatakan menjadi tempat tinggal bagi mahkluk halus.

ARTIKEL BERKAITAN: Wedding planner terjejas pendapatan tak sangka selalu kena sakat dengan 3 adik mampu buka pintu rezeki - “Bisnes tak jalan, saya main TikTok”

Justeru, sebelum berpindah masuk ke sesebuah kediaman ada baiknya jika sedikit kaji selidik dibuat tentang 'sejarah' dan latar belakangnya, berapa lama ia dibiarkan kosong, juga siapa bekas penghuninya.

WhatsApp Image 2021-07-06 at 8.26.33 PM

Rumah teres dua tingkat yang baru sahaja mereka pindah masuk dua bulan lepas

Seorang pemuda berkongsi video di aplikasi TikTok mengenai kejadian pintu tandas di rumah sewanya yang didakwa bergegar sendiri dan menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih dari 41,000 tontonan.

Muhd Hafiz Fadli Salimin, 24, yang tinggal bersama kakak dan abangnya berkata, mereka berpindah masuk ke rumah tersebut yang terletak di Pahang kira-kira tiga bulan lalu.

“Video tu abang saya yang sempat rakam sebab masa tu saya tak ada dekat rumah sebab balik kampung. Sebelum ni saya dengan kakak memang pernah kacau dengan pintu tu. Tapi kami tak sempat nak rakam.

“Pernah masa waktu bulan puasa saya duduk seorang, masa tengah makan tiba-tiba pintu tandas tu bergerak. Nak kata hujan atau ada angin, tak ada pun.

WhatsApp Image 2021-07-06 at 8.12.18 PM (1)

Tiga beradik ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah yang dihuni mereka.

Lebih mesra dipanggil Hafiz, dia mendakwa setiap kali pintu tersebut ditutup pada waktu senja ia juga akan terhempas dengan kuat seolah-olah ada penghuni yang menolak dari dalam.

Kakaknya Nurul Nabila Salimin, 28, turut berkongsi pengalaman yang sama seperti Hafiz dan pada mulanya mereka menganggap kejadian tersebut perkara biasa namun lama-kelamaan masih berterusan.

Memang pelik betul, ramai cakap dekat ruangan komen tu sebab angin. Tapi kami rasa sendiri, memang tak ada. Dekat pintu dapur tu, ada tingkap tapi kalau angin kuat lalu masa tu saya percayalah itu puncanya.

NURUL NABILA SALIMIN

“Kami bertiga kerja waktu lain-lain tapi masing-masing pernah alami kejadian yang sama. Ada satu malam tu saya rasa macam ada orang tengah memerhati tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku,” ujarnya yang bekerja sebagai tukang masak.

Tambah Nurul Nabila, sebelum ini rumah tersebut dipenuhi dengan lukisan dan patung, jadi dia dan adik-adiknya bertindak mencuci dan mengecat semula dinding sebelum berpindah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Mak saudara saya pernah tidur di rumah masa awal-awal pindah, dia tidur dekat bilik berhampiran dengan tandas tu. Tiba-tiba dia beritahu dekat rumah ni macam ada sesuatu, lebih elok kalau panggil ustaz.

“Sampai sekarang kami bertiga masih buat macam tiada apa yang berlaku, tapi bila dah tengok sendiri pintu tandas tu bergerak mungkin apa yang mak saudara saya cakap betul," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain