suria

Wedding planner terjejas pendapatan tak sangka selalu kena sakat dengan 3 adik mampu buka pintu rezeki - “Bisnes tak jalan, saya main TikTok”

Menurut Faisal, dia sudah bekerja sebagai perancang perkahwinan sejak tahun 2019.

VIDEO kelakar melibatkan jejaka ini dan adik-beradiknya ternyata menceriakan netizen di aplikasi TikTok.

Namun di sebalik gelak-tawa dan wajah ceria, tak siapa tahu kisah duka yang dipendam oleh perancang perkahwinan dari Gua Musang, Kelantan itu.

Menurut Muhamad Faisal Suhaimi, 26, sebagaimana insan-insan lain di luar sana, perniagaannya juga terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan saya minta atau buat-buat” - Penari suka melatah dakwa ‘berjangkit’ dengan nenek

ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun muka macam beruk...” - Bersaing dengan peluncur profesional, video dalam jet, Baki Zainal speechless menang ‘Sejuta Dolar’ GoPro

Malah katanya, industri perkahwinan yang sebelum ini cukup meriah tiba-tiba bertukar suram apabila banyak majlis terpaksa dibatalkan atau ditunda.

"Saya dah jadi wedding planner sejak tahun 2019. Memang 'sakit' sejak Covid-19 melanda. Kalau dulu, dalam sebulan ada 10 majlis perkahwinan, kadang-kadang lebih 10.

"Sekarang, satu majlis kahwin pun belum tentu ada dalam sebulan. Nak dapat satu pun susah.

"Saya pernah stres, tapi saya fikir sampai bila nak tertekan? Sebab itulah saya hiburkan diri dengan aplikasi TikTok.

"Bisnes wedding tak jalan, saya main TikTok untuk habiskan masa lapang," ujarnya kepada mStar.

Enggan putus harapan, dia yang mesra disapa Faisal turut menjalankan perniagaan pakej kejutan dan hadiah untuk penduduk sekitar.

Video Faisal dan adik-beradiknya bermain lumpur meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Jelasnya, ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sejak perniagaan berkaitan perkahwinannya terhenti gara-gara pandemik Covid-19.

"Mujur juga saya ada back up bisnes pakej surprise. Saya ada 10 adik beradik, saya anak kelima. Saya juga ada tanggungjawab nak tampung keluarga.

Saya terkejut apabila video kami dapat lebih sejuta tontonan.

FAISAL

"Harapan saya agar Covid-19 berakhir segera dan boleh buat bisnes macam dulu," luahnya lagi.

Dalam pada itu kata Faisal, dia mula dikenali selepas mencuri perhatian netizen dengan video kelakar yang memaparkan dia disakat oleh adik-adiknya menerusi TikTok.

Jelas Faisal, dia bukanlah seorang yang melatah, namun senang terkejut sehingga sering menjadi mangsa orang sekeliling.

Faisal merupakan anak kelima daripada 10 beradik.

"Saya tak latah cuma mudah terkejut. Keluarga pun tahu saya jenis mudah terkejut. Adik saya sebenarnya yang banyak buat video menyakat tu.

"Masa kena sakat saya pun rasa geram, tapi kalau tengok balik video, saya sendiri akan tergelak. Ramai netizen terhibur sebenarnya.

"Tapi yang kecam pun ada. Mereka kata video kami dibuat-buat dan sekadar lakonan. Tak apa, saya tak ambil hati," ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain video menyakat, video memaparkan Faisal dan adik-beradiknya mandi lumpur di kawasan kampung turut tular dan mencuri tumpuan netizen.

Faisal (kiri) bersama sebahagian adik-beradiknya.

Penangan video tular, Faisal kini meraih hampir 80,000 pengikut di aplikasi TikTok sehingga membuka pintu rezeki baharu buatnya.

"Saya terkejut apabila video kami dapat lebih sejuta tontonan. Viral sehingga ke Facebook dan Instagram. Saya baru saja main TikTok sejak Mac lalu.

"Dalam masa singkat followers bertambah. Followers adik-adik saya pun naik juga. Alhamdulillah rezeki, ramai yang minta kami buat reviu.

"Ada reviu makanan, baju, produk dan macam-macam lagi. Allah buka pintu rezeki dengan cara ini pula," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain