suria

Makin turun, 10,959 kes baharu Covid-19 direkod

KES harian Covid-19 negara dilihat terus mencatatkan penurunan hari ini. — Bernama

SEBANYAK 10,959 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, sekali gus mencatatkan penurunan berbanding 13,104 kes pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,209,194 kes setakat ini.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,723 kes diikuti Johor (1,226), Kelantan (983), Selangor (979) dan Sabah (751).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya pada Isnin memaklumkan, penggunaan katil bagi bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16,677 atau 59 peratus manakala bagi ICU adalah 1,543 atau 68 peratus.

Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 16,430 kes sembuh baharu direkodkan pada Isnin, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,005,942.

Selain itu, sebanyak 980 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 579 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 19 kluster baharu dicatatkan pada Isnin menjadikan jumlah kluster kepada 5,432. Daripada jumlah berkenaan, hanya 1,165 kluster masih aktif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain