suria

RON97 naik dua sen! Harga RON95, diesel kekal

HANYA harga RON97 naik dua sen mulai Khamis sehingga 29 September. — AZHAR MAHFOF/The Star

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan diesel terus kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai 22 sehingga 29 September kelak.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini berkata, harga runcit bagi petrol RON97 pula naik sebanyak dua sen seliter kepada RM2.75 berbanding RM2.73 sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: RON97 naik 4 sen! Harga RON95, diesel kekal

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berubah... harga RON95, RON97, diesel kekal

Jelas kementerian terbabit, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," katanya.

Tambah Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain