suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14,990 kes baharu Covid-19, Selangor kembali rekod jangkitan tertinggi

SELANGOR kembali mencatatkan kes harian paling tinggi berbanding negeri lain.

KES positif baharu Covid-19 di Malaysia pada Selasa direkodkan kembali menurun kepada 14,990 kes pada Rabu berbanding 15,759 kes, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan kes bertambah kepada 2,142,924 kes setakat ini.

Perkembangan baharu ini dikongsikan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Selangor kembali merekodkan jumlah kes tertinggi apabila merekodkan 2,414 kes, diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Negeri-negeri lain pula masih mencatatkan rekod di bawah 1,000 kes iaitu Terengganu 852 kes, diikuti Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170).

Tiga negeri merekodkan angka dua digit, Perlis 97 kes, Putrajaya (30) dan Labuan (3).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain