suria

RON97 naik 4 sen! Harga RON95, diesel kekal

Penepatan harga bahan api pada Rabu. foto AZMAN GHANI/ The Star

HARGA runcit petrol RON97 naik empat sen seliter iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.58 seliter, bagi tempoh 22 hingga 28 April ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu, petang Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bahan api, RON95, RON 97, diesel,

Artikel Lain