suria

Malaysia rekod 2,340 kes baharu Covid-19, 11 lagi kematian... 248 di ICU

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,340 kes baharu, menjadikan keseluruhan 381,813 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 21,687 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 526 kes, diikuti Sarawak (429) dan Kelantan sebanyak 370 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 2,341 jangkitan Covid-19, Sarawak catat kes harian tertinggi

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,400 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,910 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 358,726 kes.

"Sehingga kini, terdapat 248 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 101 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain