suria

2,341 jangkitan Covid-19, Sarawak catat kes harian tertinggi

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 600 jangkitan baharu.

MALAYSIA merekodkan 2,341 Covid-19 pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 379,473 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 600 jangkitan baharu.

Ia diikuti Selangor dengan 539 kes, Kelantan (429) dan Kuala Lumpur (344).

Ini merupakan hari keenam beturut-turut Malaysia merekodkan lebih 2,000 kes harian.

Menurut Dr Noor Hisham, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,389 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,389 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,592 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 356,816 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 249 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain