suria

Ahli Parlimen pembangkang serah memorandum, mohon tamatkan darurat

Kumpulan itu bersurai dengan aman setelah memorandum diserahkan.

SEKUMPULAN individu berkumpul di Istana bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan darurat dan membenarkan Parlimen kembali bersidang.

Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim menerima memorandum daripada kumpulan itu bagi pihak baginda,

Diketuai oleh ahli politik pembangkang termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen lain, kumpulan itu berkata, keadaan darurat telah mempengaruhi ekonomi negara, kestabilan politik dan juga keyakinan para pelabur.

Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Khalid Samad, Syed Saddiq Abdul Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Maria Chin.

Kumpulan itu bersurai dengan aman setelah memorandum diserahkan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain