suria

21! Angka kematian tertinggi akibat Covid-19, Malaysia rekod 3,455 kes baharu... 327 di ICU

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,455 kes baharu, menjadikan keseluruhan 222,628 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 47,847 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Selasa melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes, diikuti Johor, 708 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 619 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 4,214 kes baharu, 10 lagi korban akibat Covid-19

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 21 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 791 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 3,661 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 173,990 kes.

"Sehingga kini, terdapat 327 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 145 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain