suria

4,214 kes baharu, 10 lagi korban akibat Covid-19

Malaysia

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 4,214 kes baharu, menjadikan keseluruhan 219,173 kes setakat Isnin.

Daripada 4,214 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat sembilan kes jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Tindakan lebih tegas akan diambil jika langgar SOP bermula 4 Februari

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,362 kes diikuti Johor (1,068), Kuala Lumpur (702) dan Sabah (276).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 770 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 10 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 770 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 4,280 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 170,329 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 316 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain