suria

Covid-19: Dr Noor Hisham bimbang angka korban meningkat, 9 bulan pertama 2020 kurang 100 kes - “Tahun ini tempoh 9 hari catat 71 kematian”

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah Covid-19. -foto twitter DGHisham

MALAYSIA bukan sahaja mencatatkan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, malah rekod kematian akibat jangkitan virus itu juga tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes kematian baharu Covid-19 dalam negara.

Beliau berkata, dalam hanya tempoh sembilan hari pada tahun ini, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 lagi korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,451 jangkitan terbaharu... 177 di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi! 16 korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,643 jangkitan baharu... 170 di ICU

"Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.

"Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian Covid-19.



Perkongsian Dr Noor Hisham di laman Twitter milik beliau.

"Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua," katanya menerusi Twitternya pada Ahad.

Malah, kata Dr Noor Hisham lagi, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah Covid-19.

"Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik sehingga liang lahad dan tamat pengebumian," ujarnya. - Sinar Harian



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain